Friday 9 January 2015

Kisah Baru Bermula



Harini.  9 JANUARI 2015.

Hari pertama aku berjinak jinak dalam kehidupan sebenar. Aku berniat untuk berubah. Kembali ke jalan Allah. Selama ni aku dah jauh. Jauh sangat daripada DIA. Hati aku sebak bila teringatkan DIA. Teringatkan DIA yang sentiasa beri petunjuk pada aku tetapi aku tak nampak. Tak sedar yang petunjuk yang aku cari selama ni, ade depan mata aku. Orang kata, kalau kita sebak dan menangis bila terkenangkan tu semua, tandanya hidayah Allah sedang mengetuk pintu hati kita dengan lembut. Yaa. Aku percaya. Tiap kali aku ingat Allah, mesti aku menangis. Ya Allah. Betapa aku rindu padamu. Betapa hinanya aku di sisiMu, Ya Allah. Semoga aku terus istiqamah di jalanMu :')

Lama kelamaan. aku rasakan sesuatu yang aku tak pernah rasa selama ni. Hati aku berdebar-debar. Aku taktahu kenapa.Seperti ade sesuatu yang dekat denganku. Aku rasa tenang. Setelah aku niat untuk berubah, Allah hantarkan ramai orang yang baik-baik untuk dekat denganku.  Dekat twitter, ramai pendakwah muda yang aku jumpa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sebentar Di Blog Syaz
Don't Forget To Visit My Blog Next Time