Thursday 29 January 2015

Betapa Jahilnya Aku



Betapa Jahilnya aku dulu.
Yaa. Sekarang pun belum jadi baik lagi.
Cuma alhamdulillah, sedang berhijrah.

Dulu, hati aku kosong. Aku taktahu mana iman aku. Aku taktahu. Aku langsung tak hiraukan benda yang takbole dilakukan. Hmm. Then, bila aku susah jea aku ingat Allah. Bila berjaya, mana pergi rasa syukur yang ikhlas dari hati tu? T A K D E . Haihh, hati dah mati. Tapi siapa kata hati mati takbole hidup balek? Kalau kita yang mati, yaa. Memang takbole hidup balek. Tapi kalau hati mati, dengan kesungguhan kita untuk berhijrah,in shaa Allah. Lama kelamaan, hati kita akan lembut dan terbuka untuk terima semua yang baik-baik :')

Monday 26 January 2015

Kadang-kadang . . .

Kadang-kadang.
Aku rasa apa yang aku buat ni salah.
Kadang-kadang.
Aku rasa ade betulnya apa yang aku buat ni.

Hmm. Aku sendiri tak dapat tentukan perkara sebenar yang aku patut buat. Ya Allah. Beratnya ujian yang Kau berikan. Tapi aku yakin aku mampu. Aku percaya Allah takkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Allah itu Maha Penyayang. Cuma kita ni manusia yang terlalu leka dengan syurga duniawi sehingga terlupa bahawa ade lagi syurga milik DIA yang sangat indah di atas sana. Hmm. Cakap jea sayangkan Allah tapi tak buat suruhan Dia. Ape yang wajib ditinggalkan, yang haram dilakukan. Cakap jea sayangkan Rasulullah tapi tak pernah nak contohi baginda. Allahuakbar. Jauh nyaa kita tersasar.

Semoga aku dan sahabat-sahabatku yang turut berhijrah sama denganku terus istiqamah dalam perjalanan hijrah kami ke jalan Allah. Dan semoga sahabat-sahabatku yang lain juga akan terbuka pintu hati mereka untuk berhijrah. Aku nak ade dekat syurga dengan keluarga, sahabat-sahabat dan orang yang aku sayang. In shaa Allah. Itu yang aku harapkan. Amiin.


Friday 9 January 2015

Kisah Baru Bermula



Harini.  9 JANUARI 2015.

Hari pertama aku berjinak jinak dalam kehidupan sebenar. Aku berniat untuk berubah. Kembali ke jalan Allah. Selama ni aku dah jauh. Jauh sangat daripada DIA. Hati aku sebak bila teringatkan DIA. Teringatkan DIA yang sentiasa beri petunjuk pada aku tetapi aku tak nampak. Tak sedar yang petunjuk yang aku cari selama ni, ade depan mata aku. Orang kata, kalau kita sebak dan menangis bila terkenangkan tu semua, tandanya hidayah Allah sedang mengetuk pintu hati kita dengan lembut. Yaa. Aku percaya. Tiap kali aku ingat Allah, mesti aku menangis. Ya Allah. Betapa aku rindu padamu. Betapa hinanya aku di sisiMu, Ya Allah. Semoga aku terus istiqamah di jalanMu :')

Lama kelamaan. aku rasakan sesuatu yang aku tak pernah rasa selama ni. Hati aku berdebar-debar. Aku taktahu kenapa.Seperti ade sesuatu yang dekat denganku. Aku rasa tenang. Setelah aku niat untuk berubah, Allah hantarkan ramai orang yang baik-baik untuk dekat denganku.  Dekat twitter, ramai pendakwah muda yang aku jumpa.

Tuesday 6 January 2015

Redha :')

Redha.

Yaa. Aku redha dengan markah PT3 akuu. 4A 5B 1C . Tak ape laa. Yang penting aku dah usaha. Apa yang aku usaha, itu laa hasilnya. Mama pun faham aku. Terima kasih sebab selalu bagi kata-kata semangat untuk Wani. Gred tak turun? Mesti ada sebabnya. Yaa, PT3 bukan untuk dibanding-bandingkan. Hmm. So, form 4 nii kena laa belajar bebetul, rerajin. Takmoo dah memain nii. Fokus k. Form 4 aku amek aliran Sains tulen. In Shaa Allah, aku bolaa bawak. Nak study hard. lagi-lagi addmath. Semoga aku dikelilingi dengan orang-orang yang pandai, rajin dan sudi untuk mengajar aku :')
Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sebentar Di Blog Syaz
Don't Forget To Visit My Blog Next Time